Saturday, March 29, 2014

Biskut Nestum


Ni resepi kami sekeluarga. Resepi asal ciptaan Mak. Biskut ni biasa buat untuk Hari Raya AidilFitri.

Biskut Nestum

Bahan-bahan:
2 Cawan Nestum
1/2 Cawan Gula Aising
1 Sudu Besar Tepung Jagung
2 Biji Kuning Telor
1 Sudu Besar Susu Manis
1 Camca Teh Esen Vanilla
1/2 Cawan Mentega Kacang (Peanut Butter)
2 Sudu Besar Marjerin
2 Sudu Besar Serbuk Koko

Cara:
1. Pukul Marjerin dan gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan kuning telor sebiji demi sebiji, pukul hingga kembang.
3. Selepas itu masukkan serbuk koko, peanut butter, susu manis dan vanilla. Pukul sekejap.
4. Masukkan nestum dan tepung jagung, gaul sekejap dengan tangan sahaja bukan dengan mesin.
5. Bentukkan/dijemput dengan tangan atau sudu. Jangan diterap. Letak biskut di atas loyang yang telah di sapu marjerin serta dipanaskan.
6. Bakar dengan suhu 130-150 celcius hingga masak.




Saturday, March 22, 2014

Anak-anak....udang kara (percubaan pertama)






Bilangan = 51 ekor
Berat purata = 10 gram/ekor
Saiz = 7 hingga 8 cm
Tarikh = 22/03/2014